A student was wathching his teacher write a letter. At one point, he asked: "Are you writing a story about we've done? is it abot me?"
His teacher stopped writing her letter and said to her student: "I am writing about you actually, but more important than the words is the pencil i'm using. I hope you will be like the pencil i'm using. I hope you will be like this pencil when you grow up."
Intrigue, the student looked at the pencil. It didn't seem very special. "But it just like any other pencil i've seen."
"That depends on how yoou look at thing. It has five qualities which, if you manage to hang them, will make you a person who is always at peace of the world."
Fist quality: you are capable of great thing, but you must never forget that there hand guiding your steps. We call that hand- GOD, and He always guides us according to his will.
Second quality: now and then, i have to stop writing and use a sharpener. THat makes te pencil suffer a litle, but afterwards, He's much sharper. So, you to, you must learn to bear certains pains and sorrows, because they will make you a better person.
Third quality: thae pencil always allows us to use an eraser to rub out any mistakes. This means that correcting something we did is not necessarily a bad thing. It helps to keep us on the road to justice.
Fourth quality: what really matters in a pencil is not its wooden exterior, but the graphite inside. So always pay attention to what is happening inside you.
Finally, the pencil's fifth quality it always leaves a mark. in just the same way, you should know that every thimg you do will leave a mark, so try to be consicous of that in you every action.
Sunday, May 31, 2009
THE PENCIL AND US
Posted by share D at 5:00 AM 0 comments
Tuesday, May 5, 2009
Kita Jua Perlu Tahu
Bila kita bercinta, kita selalu ingin keindahannya. Kebahagiaan selalu menjadi harapan kita. Namun cinta yang indah itu tidak datang begitu sahaja. Kita perlu memupuknya, kita perlu membinanya dan kita berusaha mendapatkannya. Kita jua perlu tahu PETUA dan caranya. Kita perlu belajar, kita perlu ada ilmu tentang cinta.
Petua Cinta Dato Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.
Posted by share D at 7:05 AM 0 comments
Orang Yang Menyintai Kita
1. Orang yang menyintai kita tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia menyintai kita. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kita satu-satunya.
2. Walaupun kita sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kita bahagia dan kita tetap menjadi impiannya.
3. Orang yang menyintai kita selalu menerima kita seadanya, di hati dan matanya kita selalu yang tercantik atau yang tertampan, walaupun kenyataannya kita ada kurangnya dan tidak begitu.
4. Orang yang menyintai kita selalu ingin tahu tentang apa sahaja yang kita lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kita, kalau boleh dia ingin turut serta.
5. Orang yang menyintai kita akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’, 'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kita tidak membalas SMS-nya. Kiriman SMS itulah cara dia menyatakan cintanya, perhatian yang istimewa kepada kita. Dia mungkin tidak mengungkapkan kata ‘I Love You’, ‘Saya Cinta Awak’ atau kata-kata manis dan indah seumpama itu.
6. Jika kita menyambut hari ulangtahun kelahiran dan kita tidak mengundangnya ke majlis yang kita adakan, dia akan mengirimkan hadiah, setidak-tidaknya dia akan menelefon atau mengirimkan SMS untuk mengucapkan selamat khas buat kita.
7. Orang yang menyintai kita akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia telah lalui bersama kita, mungkin kejadian yang kita sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga baginya. Waktu itu matanya pasti berkaca, hatinya menjadi sebak kerana saat bersama kita itu tidak akan selalu terjadi dan mungkin tidak akan berulang lagi.
8. Orang yang menyintai kita selalu mengingati setiap kata-kata yang kita ucapkan, mungkin kata-kata yang kita sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Dia menyematkan kata-kata yang pernah kita ucapkan di hatinya. Entah berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kita tuturkan padanya, kita tidak pernah mengira, kita tidak pernah ambil tahu. Sama ada kita sengaja atau tidak, kita sering melukai hatinya, mungkin telah menghancurkan cintanya. Kita pasti telah lupa, tetapi tidak orang yang mencintai kita.
9. Orang yang menyintai kita akan selalu ingin tahu dan belajar menggemari apa jua kegemaran kita. Kalau boleh dia ingin lebih banyak tahu mengenai sesuatu kegemaran kita, agar dia dapat sama menikmati kegemaran itu. Menjadi pendorong, pengkritik dan penasihat kita. Dia ingin lebih rapat dan dekat dengan kita melalui kegemaran itu. Dia ingin menjadi seseorang yang paling hampir di hati kita, menjadi teman. Sebenarnya dia ingin dirinya ada dan terlibat dalam kehidupan kita, hati kita. Kesukaan kita akan menjadi kesukaannya juga. Walaupun sukar meminati kesukaan atau kegemaran kita, tapi akhirnya dia berjaya.
10. Kalau kali terakhir kita bertemu dengannya, kita mungkin sedang sakit atau kurang sihat. Dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kita kerana dia merasa bimbang tentang kita, dia mengambil berat tentang kita.
11. Jika kita mengatakan akan menghadapi ujian, temuduga atau akan melalui hari yang penting, dia akan bertanya bila ianya akan berlangsung. Saat harinya tiba, dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ dan cuba mengingatkan kita apa-apa perkara yang perlu, sesuai dengan tujuan kita. Dia juga memberi semangat kepada kita.
12. Orang yang menyintai kita akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kita ianya sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa. Dia mahu kita menyimpan atau memakainya dan dia merasa puashati atau bangga kerananya.
13. Orang yang menyintai kita akan terdiam sesaat, ketika kita sedang bercakap di telefon dengannya. Kita merasa hairan, kita mungkin bertanya mengapa dia hanya membisu. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup atau terlalu gembira kerana dapat mendengar suara kita dan bercakap dengan kita, walaupun hanya di telefon. Dia menjadi pendengar yang setia, mungkin hanya menjawab dan bercakap yang perlu dan pendek sahaja.
14. Orang yang menyintai kita selalu ingin berada dekat dengan kita dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kita.
15. Jika kita harus berpindah tempat belajar, berpindah tempat kerja atau berpindah tempat tinggal ke daerah lain, dia akan selalu memberikan nasihat atau pesanan agar kita sentiasa menjaga diri dan berhati-hati dengan persekitaran baru itu. Jauh didalam hati, dia sebenarnya takut kehilangan kita seperti pepatah ‘jauh di mata, jauh di hati’.
16. Orang yang menyintai kita bertindak sebagai saudara kita lebih daripada bertindak sebagai seorang kekasih.
17. Orang yang menyintai kita sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon atau menghantar SMS kepada kita banyak kali dalam masa sehari, tanpa mengira waktu, siang mahu pun malam. Sebenarnya dia ingin kita tahu dia sedang mengingati kita, memikirkan kita.
18. Orang yang menyintai kita kadang-kadang merindukan kita dan melakukan pekara yang membuat kita merasa terganggu kerananya. Ketika kita menyatakan kita terganggu dengan tindakannya, dia segera memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi tapi kenyataannya dia selalu memungkiri janji itu.
19. Jika kita memintanya dia untuk mengajarkan kita sesuatu, maka dia mengajar kita dengan sangat sabar walaupun kita mungkin orang yang terbodoh di dunia! Dia begitu gembira kerana dapat membantu kita. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kita, menangguhkan permintaan kita juga cuba dielakkannya. Walau sesukar mana permintaan kita, dia tetap mahu mencuba dan berusaha kerana dia tidak mahu menjadi ‘kecil’ di mata kita.
20. Kalau kita melihat telefon bimbitnya, SMS dari kita yang paling banyak disimpannya. Dia menyimpan SMS tersebut dan berulangkali membacanya, tanpa rasa jemu. Dia juga mungkin menyimpan gambar kita, barang pemberian dari kita atau apa sahaja yang berkaitan dengan kita seperti menyimpan tiket menonton wayang yang telah kita tonton bersama dengannya.
21. Jika kita cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan berusaha untuk mendapatkan kembali perhatian dari kita tapi jika kita bertegas dan terus-terusan menolaknya, dia menjauhkan diri dan mungkin akan menghilangkan dirinya dari pandangan kita dan dari kehidupan kita. Dia ingin kita tetap gembira dan bahagia walaupun hatinya sendiri hancur terluka oleh kita.
22. Jika suatu saat kita merindukannya dan ingin memberinya kesempatan, dia masih tetap menunggu kita kerana sebenarnya dia tidak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kita.
23.Orang yang begitu menyintai kita, tidak pernah memaksa kita memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui. Dia tidak mahu kita terbeban dengan karenahnya. Saat kita pinta dia pergi, dia berlalu tanpa menyalahkan kita, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
Posted by share D at 7:01 AM 0 comments
DUKA ITU…MENDEKATKAN AKU PADAMU
Terkadang hati ini rasa terusik tika mengingati dugaan dan ujian Allah dalam berkomunikasi dengan manusia di kota ilmu ini. Kerap kali aku merasainya. Kesyukuran dipanjatkan kepada Allah atas kehadiran rasa itu. Rasa itu menghampirkan aku kepada-Nya. Hari ini, dalam kesibukan mengemas kamar beraduku yang seperti kapal pecah oleh buku-buku yang bergelimpangan saat aku mencuri masa untuk menyibuk diri menyiapkan tugasan tesisku semalam. Tiba-tiba ingatan melayang kepada beberapa peristiwa yang bagaikan kain kapal layar, terbentang segala lakonan benar samada yang dilalui sendiri atau didengar melalui orang lain. Cerita-cerita yang tidak mampu untuk dibenarkan dengan kata-kata. Aku tiada upaya. Aku manusia biasa yang sekadar maju untuk mencari ilmu, belajar dan belajar. Aku biarkan sahaja masa berlalu membentangkan kebenaran. Aku yakin. Allah Yang Maha Adil pasti menampakkan kebenaran itu. Alhamdulillah……seringkali Allah tunjukKan jalan-Nya.
Aduuhhh…sakitnya tiba-tiba datang. Sakit itu dihatiku. Sangat dalam. Terhiris. Bagaimana mahu menahan rasa tajam itu. Sentuhannya betul-betul tajam. Setajam sembilu yang membedah jantungku sehingga mati gerak denyutannya. Setiap kali ingatan itu mendatang, sakit itu mengundang…Cepat-cepat aku bersujud pasrah ke hadrah Kekasihku yang tidak pernah hampa memberi ketenangan buatku. Ku pejamkan mataku…..dalam-dalam, sekuat hatiku….kugenggam kukuh tanganku …saat itu hati ku dipenuhi doa dan bacaan kalamNya….aku merasai hampirnya IA mencurahkan sejuknya jiwa, melembutkan getar sengsara. Allah…Allah..Allah…hatiku berbicara sendu, mengharap sakit itu berkurang sambil berdoa mohon keampunan jika itu balasan segala dosa yang wajar mendapat tempatnya tika tidak menyedari ada tingkah yang tersasar.
Tentu sahaja saat indah mendekati diri dengan Kekasih Yang Maha Penyayang menjadikan airmataku gugur dengan rela. Aku pasrah. Aku berserah. Aku meredhainya.M eredhai diri dalam tribulasi yang melanda. Jua meredhai diri dalam lingkungan cinta dan sayang-Nya, penuh yakin dan percaya segenap hatiku. Kukuh. Utuh. Dalam getaran menahan sebak dan sakit di dataran hatiku, bibirku berulang kali menyebut bait-bait kalimah indah surah al-Fajr : ayat 27 hingga 30 dari kalam-Nya yang mulia :
“Wahai orang Yang mempunyai jiwa Yang sentiasa tenang; tetap Dengan kepercayaan dan bawaan baiknya. Kembalilah kepada Tuhanmu Dengan keadaan Engkau berpuas hati (dengan Segala nikmat Yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu); Serta masuklah Engkau Dalam kumpulan hamba-hambaKu Yang berbahagia. Dan masuklah ke Dalam SyurgaKu.”
Tuhanku….Kau tidak pernah menghampakan rasa gundahku, sayu hatiku, gusar jiwaku. Alhamdulillah. Tenang itu datang dengan senang. Wajahku kembali tenang. Sujudku begitu panjang dalam tiap kali pertemuan dengan-Mu. Ku merasai kebahagiaan dan seperti diundang menghampiri rahmat dan kasih sayang-Mu. Allah…setiap kali hadirnya perasaan begitu…aku menerima undangan-Mu yang membahagiakan. Allah…Allah…Ya Allah….tiada Tuhan yang di sembah melainkan Engkau. Senyumanku menyusur segenap ruang dunia kecilku, menyinar segala ruang hatiku. Benarlah….dunia ini untuk aku menerima ujian kasih sayangnya. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Aku mengharap pada yang menyinta. Aku mengasih pada yang merindu. Aku menyintai, mengasihi dan memohon hanya pada-Mu.
Posted by share D at 6:58 AM 0 comments
Manusia,Malaikat dan syaitan
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikansolat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantukini... awal lagi nie?. zzzzzzzz
Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah denganBismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!mmm.. sedapnyaaaa? .
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yangmenutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung,nampak kampung!!!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nantiterlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh? awal lagi? mmm.. aaahh? suruh siX, punchkanlah?
Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikankewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah.. awallagi nieii?.
Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu,sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalautak tengok nie..
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kainorang, lantaklahh? .
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat inikepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ahsesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar,buat apa susah2... pandai2lah?
Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlahkamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali bolehbertaubat... lagipun muda hanya sekali.... rugila... (kalau sempatla)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkahke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah darijalan itu ...
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yangtahu... Jomlahhh?
Manusia - Uuhhh? letihnya arini.. tak solat laginieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah danRasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaandi dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (janganmimpilah!) untukmu...
Dicatat oleh IzaRshad21@Yahoo.com.my
Posted by share D at 6:48 AM 0 comments
